BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 7, 2010

Jom sama2 kita amalkan

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" (Yusuf:4)

Nabi Yaakub a.s mempunyai 12 org anak termasuk Nabi Yusuf a.s ... yg dimaksudkan dgn 11 bintang itu adalah adik-beradiknya yg lain, bulan dan matahari itu pula mewakili ibu bapanya... nanti kesemua mereka ini akan tunduk atas kemuliaan dan kedudukan yg diberikan Allah kepada Nabi Yusuf a.s. tersebut...

Surah yusuf disebut Allah sebagai 'ahsanul qashash' (sebaik-baik kisah) dari riwayat-riwayat yang diturunkanNya dalam Al Quran (12:3)
ringkasannya surah yusuf menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s dari masa kecilnya sehingga beliau menjadi pembesar Mesir di zaman itu.
antara kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Nabi Yusuf ialah hikmah (wisdom) semenjak kecil lagi, juga Allah mengajarkan beliau ilmu menta'bir mimpi, ilmu mentadbir negara, ilmu ekonomi, dan dijadikan beliau secantik-cantik manusia. Beliau bersifat pemaaf, sayang kepada ibubapa dan adik-beradiknya walaupun ada di antara mereka yang menganiayainya.
Allah menunjukkan kita bagaimana dalam sejarah Nabi Yusuf, seeorang yang asalnya terbuang di bawa ke tempat kemewahan (12:8-21)
dan bagaimana beliau menjadi seorang anak angkat yang mengenang budi (12:22-29)
kemudian beliau dianiaya lagi sehingga terpenjara beberapa lama (12:30-50)
kemudian beliau dibebaskan oleh raja (Firaun?) setelah diadili semula dan dilantik menjaga harta perbendaharaan negara Mesir kerana kelebihan-kelebihannya (12:51-57)
kemudian bahagian akhir cerita ini menceritakan bagaimana Yusuf akhirnya dikembalikan ke pangkuan keluarganya dengan penuh kemuliaan setelah dulunya beliau terbuang pada masa kecilnya sebab konspirasi adik-beradiknya yang dengki dan irihati (12:57-102)
surah Yusuf ini pada zaman Rasulullah mengejutkan pendeta-pendeta Yahudi, dengan sebab ketepatan ceritanya dengan riwayat-riwayat Israiliyyat, disifatkan oleh Allah sebagai 'perkhabaran ghaib' kerana nabi kita tiada bersama-sama pengkhianat-pengkhianat nabi Yusuf, sedangkan Allah Maha Mengetahui (12:102)
penutup:
"Sesungguhnya dalam kisah mereka itu ada 'ibrah (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal. Bukanlah Al Quran ini perkhabaran yang diada-adakan sahaja, bahkan ia membenarkan (kitab-kitab) yang dihadapannya dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman" (12:111)

shadaqallahul'adhim, wallahua'lam.

Surah Ta-Ha (20), Ayat 39.
“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Baca dari "WA-AL QOIY TU "ALAIYKA MAHABBATAM MINNII WALITUS NA "A "ALAA "AINII.
Insya'ALLAH,  amalkan baca 3x slepas stiap kali solat




salam

Saturday, December 4, 2010

Salam Awal Muharam

DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH 29 ZULHIJJAH SELEPAS SOLAT ASAR.

Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah apa-apa yang kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya engkau larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat dan engkau pun belum meredhainya, walaupun engkau belum mahu melupakannya, namun engkau masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan engkau masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun , maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha Mu, engkau janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohon kepada engkau wahai tuhan yang pemurah, tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa daripada kami dan janganlah engkau kecewakan harapan kami ini. Semoga Allah merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam.

DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRI 1 MUHARRAM
DIBACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB



Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal yang sedia ada dari awalnya lagi, dan engkaulah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, wahai Tuhan yang amat mengasihi. Dan semoga Allah merahmati Saidina Muhammad, nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga seluruh sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk Tuhan semesta alam.