BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 4, 2010

Salam Awal Muharam

DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH 29 ZULHIJJAH SELEPAS SOLAT ASAR.

Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah apa-apa yang kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya engkau larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat dan engkau pun belum meredhainya, walaupun engkau belum mahu melupakannya, namun engkau masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan engkau masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun , maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha Mu, engkau janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohon kepada engkau wahai tuhan yang pemurah, tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa daripada kami dan janganlah engkau kecewakan harapan kami ini. Semoga Allah merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam.

DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRI 1 MUHARRAM
DIBACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB



Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal yang sedia ada dari awalnya lagi, dan engkaulah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, wahai Tuhan yang amat mengasihi. Dan semoga Allah merahmati Saidina Muhammad, nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga seluruh sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk Tuhan semesta alam.

0 comments: